Messages
Topic:
DOA ARBIAH AL-ADAWIAH
Rabi'ah Al-Adawiah adalh seorang wanita yg taat, warak, dan zuhud. Taat maksudnya mengerjakan segala perintah Allah dan Menjauhi yg dilarang-Nya. Warak maksudnya bukan hanya takut kpd perkara2 yg haram, tetapi juga berupaya menjauhi masalah yg syubhat. misalnya barang yg tidak jelas sama ada milikny atau milik orang lain. Hal-hal seperti itu beliau tinggalkan dan tidak mahu mengambilnya. Sedangkan yg dimaksudkan dengan zuhud ialah mengutamakan kehidupan akhirat drpd dunia. Rabi'ah Al-Adawiah menganggap dunia ini tidak lain drpd tempat beribadat semata. Dunia ini bukanlah tempat berseronok atau bersenang-lenang.
Demikianlah sifat-sifat Rabi'ah Al-Adawiah yg menjadikan martabatnya naik ke darjat yg tinggi. di dunia ini saja pun sudah nampak buah dari ketaatan atau ibadahnya itu. Beliau mempunyai banyak keistimewaan.
Pada suatu hari Rabi'ah memasak makanan di rumahnya. Ketika itu beliau menginginkan bawang. Baru saja terlintas dalam hatinya dan belum beliau berdoa, tiba-tiba datanglah seekor burung membawa apa yg diinginkannya itu. Burung itu hinggap di tingkap rumahnya kemudian mencampakkan bawang itu ke hadapannya. Demikian menurut riwayat Abdullah bin Isa Al-Thufawiy.
Sodakallah...^_^
subhanallah...kuasa Allah sungguh luar biasa.
Apr 21
11:32 PM